Lelaki Kiriman Tuhan Full Episode

Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan

Remy Ishak, Mira Filzah, Kartina Aziz, Isyariana, Harris Anuar, Uyaina Arshad, Talha Harith, Mak Jah, PU Azman, Rozita Che Wan, Jasmin Hamid, Jesse Lim, Hairi Safwan, PU Riz, Maria Farida, Jason Chong, Norlia Ghani, Dato Jalaluddin Hassan

Drama Lelaki Kiriman Tuhan

Jumlah Episod: 18
Episod Semasa: 11
Hari: Isnin
Siaran: Astro Oasis

Tonton Lelaki Kiriman Tuhan

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18
NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini pada masa hadapan, sila guna Google Public DNS. KLIK SINI untuk tutorial Google Public DNS. window - youtu.be/pwxvQBiAM5c | android - youtu.be/FpBHyPYbmuw | ios- youtu.be/WPQJrCBBJcE | Ada pertanyaan sila PM di FB